PERAYAAN DEEPAVALI
Hari
Deepavali (Bahasa
Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali
dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut
oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali
ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober
dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1]
dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu
memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja
Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu
sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan
syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat
dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan
mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
ANTARA HIDANGAN ENAK DEEPAVALI
Muruku
Laddu
Idli
Thosai
No comments:
Post a Comment