TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang
Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina
terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina
melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina
diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,
daging
salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat
golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Perarakan tarian naga atau singa
akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas
hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan
dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina
disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang
Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan
juga di Pekan
Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang
kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina),
termasuk Korea
(Seollal), Tibet
dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar),
Vietnam (Tết), dan Jepun
hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
HIDANGAN ISTIMEWA PADA TAHUN BARU CINA
SANAK SAUDARA BERKUMPULDAN MAKAN BERSAMA
ANGPAU
HIDANGAN ISTIMEWA PADA TAHUN BARU CINA
Kuih Bulan
Dumpling
Oren
TAHUN BARU CINA DI MERIAHKAN LAGI DENGAN TARIAN SINGA
No comments:
Post a Comment